Halaman Utama Shvoong > Ilmu Sosial > Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah

.

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah

Pengarang : Cerita Rakyat
Summary by : Dongeng
Kunjungan : 22  kata: 600   Diterbitkan di: Maret 27, 2008

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah
sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih
terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis
tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, “Aduhai, alangkah
malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang
dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang
sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku
menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi
memberi curahan air walaupun setitik.”






Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah
berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil
bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai
ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang
kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu,
si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang
tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa
membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan
secebis kertas yang bertulis, ” Hai manusia, sungguh tidak wajar
kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh
diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah
bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus
asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.”






Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah
melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, “Ya
Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya
memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan
hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih
sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku.”


Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu
Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis
kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya.
Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas
terus membukanya.






Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan
itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, “Hai kawan, bukan
begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha.
Perbuatan demikian ‘malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran
dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas
dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya.
Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada
bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang
sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau
disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak
akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak
akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah
pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat
mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga
pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera
pekerjaan, saya doakan lekas berjaya.”






Sebaik sahaja dia selesai membaca surat
itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama
ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.


Pada keesokan harinya, dia pun keluar
dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya
pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan
tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.


Dalam Islam tiada istilah pengangguran,
istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam
mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai
di tepi jalan.


Ringkasan lain tentang Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah
Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5


Tambahkan komentar Anda Tidak ada komentar

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------