Tiga
orang
budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah
pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji
botol.
Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat
dengan penutup gabus. Kesemua mereka keheranan
dan tertanya-tanya apa
yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun
membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah
jin yang amat
besar.
Jin
tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu
berkata " Siapakah engkau hai
manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol
ini selama 100 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan
memberikan 3 permintaan siapa yang membebaskan aku dari botol ini..
Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan
permintaanmu"
Ketiga-tiga
budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut
menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada
budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata .
"Tukarkanlah aku menjadi
putih supaya aku kelihatan lebih gagah" Jin
pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun
berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".
Budak
hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan
gagah, lebih putih dan gagah daripada budak yang pertama". Jin pun
menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan gagah
lebih dari pada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata
."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih dan
gagah daripada budak yang pertama dan kedua".
Jin
pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan.
Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga keheranan dan terfikir-fikir
apa yang mahu dipintanya.
Setelah
lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta
kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun
tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun
berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak
memperolehi sesuatu apa pun.
Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia.
Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan
mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat
nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan
manusia sendiri.
Ringkasan lain tentang Kisah Tiga Budak Hitam