10 Kesalahan
di Ranjang
Pentingkan diri sendiri, janji puas biar
pasangan anda begitu kecewa
dengan reaksi anda. Itulah yang sering berlaku terhadap pasangan
yang mengalami masalah communication break down. Sedar atau tidak, ada kalanya
anda mengecewakan pasangan anda ketika di ranjang. Di sini terdapat 10
kesalahan yang mungkin terjadi tanpa anda sedari. Dan ingat,
jangan buat lagi
selepas ini okey!!!
Tidak ada persiapan
Suasana kamar yang
tidak mampu meningkatkan keghairahan
juga bisa membantutkan mood. Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan kamar anda
bersih dan kemas, malapkan lampu tidur, semburkan pewangi ke segenap ruang dan
jika ingin menambahkan mood romantik, pasangkan muzik bergenre ballad.
Tidak Warm-up
Mungkin anda seorang yang cepat ghairah hinggkan terlupa
melakukan sesi warm-up atau pemanasan terlebih dahulu. Perkara ini tidak wajar
kerana pasangn anda mungkin tidak bersedia. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan
wanita inginkan pemanasan sebelum ke aksi yang lebih berat. Pemanasan yang
dimaksudkan ialah belaian, cumbuaan dan bisikkan kata-kata mesra.
Terlalu cepat
Cubalah menahan diri di saat melihat pasangan anda
mengenakan pakaian
tidur yang seksi. Jangan asal main terjah saja. Tatap
matanya dengan penuh senyuman yang menggoda. Itu antara syarat anda yang begitu
mendambakannya. Kemampuan mengawal diri di kamar tidur akan membuatkan pasangan
anda semakin ghairah. Nikmati segala sesuatunya dan percayalah anda berdua
pasti bahagia.
Cepat mengalah
Kebanyakkan wanita akan sukar mengatakan apa yang diingininya.
Tetapi pasti anda dapat mengesannya melalui bahasa tubuhnya. Oleh itu jangan
sesekali memperlakukannya seperti boneka, tapi cubalah mengerti apa yang
diingini. Rasakan bagimana dia memberikan respons sentuhan yang anda berikn dan
juga reaksi bahasa tubuhnya. Mungkin juga anda terlalu “ganas” hinggakan menyakitkannya.
Terlalu banyak posisi
Jangan khuatir, kebanyakkan wanita suka mencuba sesuatu yang
baru di kamar tidur. Tapi jika anda ingin menerokai teknik-teknik baru, lakukan dengan perlahan-lahan dan
berhati-hati, jangan telalu memaksa. Ajak pasangan anda menerokainya bersama.
Tak menghargai
Jika mahukn pasangan menghargai anda, pastikan anda juga
berbuat begitu terhadapanya. Di kamar tidur sekali pun, sering kali wanita yang
selalu berusaha untuk menyenangkan pasanagannya. Jadi sebelum ingin meneruskan
nafsu anda itu, sapalah si dia dengan panggilan manja. Pasti ia akan menyenangkan
dirinya.
Terlalu mengatur
Dengan erti kata lain, anda selalu mementingkan keinginan
peribadi tanpa memperdulikan pasangan. Jangan mengatur dan berharap si dia
mematuhi anda begitu saja. Jangan bersikap diktator di kamar. Seks merupakan
sesuatu yang menyenangkan tanpa paksaan, bukan sesuatu yang membuatkan
seseorang tidak berasa selesa dan tertekan. Akui keinginan dan melalui
kata-kata manis atau gerakkan tubuhnya dengn lembut untuk posisi yang anda
mahukan. Cara ini akan memberikan hasil yang menyenangkan berbanding dengan memerintah
atau paksaan.
Terlalu fokus
Jangan hanya tertarik pada satu titik tertentu. Tubuh wanita
penuh dengan g-spot yang peka dengan rangsangan seksual. Anda perlu peka tentang
itu. Apbil anda “menjelajah” seluruh g-spot yang dia miliki, pastinya dia akan
berusaha menyenangkan anda kembali.
Terlalu egois
Jika anda sudah mencapai klimaks, tak semestinya pasangan
anda juga sudah sampai ke tahap itu.
Jangan lupa, pasangan anda juga berhak merasa kenikmatan seperti anda rasai. Bila dia juga merasai kenikmtnya,
pasti dia susah menolak bila diajak bermesra dengan anda. Jadi, jika pasangn
anda sukar hendak klimaks, pastikan anda membantunya.
Terus tidur
Sesuatu yang amat tidak menyenangkan apabil anda terus tidur
selepas puas sedangkan pasangan anda masih ingin terus beraksi. Dan inilah
mimpi buruk bagi wanita. Cubalah untuk memikirkan apa yang dirasakan dan diperlukan
oleh pasangan anda selepas beraksi. Ajak si di berbual perkara-perkara ringkas
sebelum anda terus terbang di buai mimpi.
Ringkasan lain tentang 10 Kesalahan di Ranjang