Jenayah
Ganjaran RM26,000 temui Nurin Jazlin
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Jumlah ganjaran
kepada individu
yang memberi
maklumat sehingga membawa kepada penemuan Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang
hilang sejak 20 Ogos lalu, meningkat kepada RM26,000.
Sumbangan terbaru berjumlah RM3,000 ditawarkan oleh ahli penasihat
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Robert Phang.
Pengumuman
tawaran itu dibuat Pengerusi MCPF, Datuk William Lim pada
majlis mengedar 5,000 poster kehilangan Nurin Jazlin kepada pengguna
Lebuh Raya Utara Selatan di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.
Jumlah tawaran itu mengatasi ganjaran RM15,000 yang ditawarkan dalam
kes Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang hilang 31 Mac
lalu tetapi ditemui semula 15 hari kemudian.
Menurut William, ganjaran daripada Robert itu bertujuan meningkatkan lagi usaha orang ramai
mencari dan mengesan Nurin Jazlin.
Katanya, beliau berharap tawaran itu dapat menggalakkan orang ramai
untuk memberi maklumat dan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk
mencari Nurin.
“Menjadi kewajipan kepada kami sebagai badan bukan kerajaan (NG0)
dan masyarakat untuk membantu mencari Nurin Jazlin lebih-lebih lagi
pada bulan Ramadan ini,” katanya.
Resensi lain tentang Utusan Malaysia