.

Berita Harian

Summary rating: 5 stars 1 Tinjauan
Review by : fkr655
Kunjungan : 233  kata: 600   Diterbitkan di: September 15, 2007
KWSP bantu capai dasar miliki rumah


PUTRAJAYA: Keputusan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran bulanan daripada baki Akaun 2 bagi
pembayaran balik pinjaman perumahan akan merangsang industri hartanah
dan pertumbuhan penggunaan negara.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata nilai
caruman sebanyak RM9.6 bilion dari Akaun 2 yang boleh dikeluarkan
pencarum KWSP mampu memberi impak atau kesan limpahan kepada pelbagai
kegiatan ekonomi.
"RM9.6 bilion ini jumlah besar yang memang akan memberi impak
besar bukan saja kepada sektor hartanah yang mempunyai kesan dalam
pelbagai bidang ekonomi, tapi angka itu juga memberi impak kepada
pertumbuhan penggunaan.
"Kita adalah negara yang terbuka dari segi perdagangan
antarabangsa, jumlah perdagangan kita kalau dibandingkan dengan
pendapatan kasar negara ialah 212 peratus dan tidak ada negara lain
mencapai kadar itu termasuk di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
"Pertumbuhan penggunaan dan pelaburan tempatan juga suatu faktor
atau landasan memajukan ekonomi negara dan nilai caruman RM9.6 bilion
dari Akaun 2 ini akan memberi impak ke arah peningkatan ekonomi,"
katanya pada sidang akhbar khas selepas pembentangan Bajet 2008 kepada
media tempatan di pejabatnya di Kementerian Kewangan (MOF) di sini,
semalam.
Nor Mohamed berkata, kebenaran mengeluarkan caruman dari Akaun 2
secara bulanan membolehkan pencarum terutama dari kalangan
berpendapatan rendah dan pertengahan membeli rumah atau membeli sebuah
lagi rumah yang lebih besar untuk keperluan keluarga.
"Jika mereka sudah mempunyai rumah dan tidak ingin membeli rumah
lain, caruman ini juga boleh digunakan untuk meringankan beban bayaran
balik ansuran," katanya.

Nor Mohamed berkata, Bajet 2008 diterima baik kerana ia memberi kemudahan kepada semua lapisan rakyat.
"Kita nampak bajet ini dibentuk sedemikian rupa untuk memastikan
semua golongan dan kelas pertengahan... Kadang-kadang kelas pertengahan
ini rasa mereka tidak diberi fokus sebab orang kaya tidak perlu bantuan
dan orang miskin kerajaan selalu bantu," katanya.
Beliau berkata, Bajet 2008 yang dianggap bajet pertama yang akan
membawa negara ke era 50 tahun akan datang mencakupi semua aspek
termasuk keperluan negara menguasai kepakaran atau ''niche'' dalam bidang
tertentu seperti bioteknologi dan sistem kewangan Islam.
Nor Mohamed berkata, Bajet 2008 turut memberi perhatian kepada
golongan kurang berkemampuan seperti peniaga kecil-kecilan, nelayan
atau petani yang tidak mempunyai slip gaji sebagai bukti pendapatan
untuk dikemukakan dalam pinjaman kewangan di bank.
"Kita sediakan dana RM50 juta untuk memberi jaminan kepada bank
supaya memberi pinjaman kepada golongan ini yang ingin memiliki rumah,"
katanya.
Mengenai pengurangan cukai korporat 25 peratus mulai 2009, beliau
berkata, langkah itu amat baik walaupun ada pihak membandingkannya
dengan Singapura dan Hong Kong.
"Memang Singapura tetapkan 18 peratus dan Hong Kong 17.5 peratus,
tetapi mereka juga mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
sedangkan kita tidak mengenakan cukai itu.
"Selain cukai korporat, kita juga memberi banyak elaun secara
modal, elaun modal dipercepatkan, status perintis dan geran kepada
pelabur dan kalau kita jumlahkan semua kemudahan ini, kita akan dapati
cukai kita kurang 25 peratus," katanya.
Ditanya bagaimana kerajaan mengimbangi kadar penurunan cukai yang
diumumkan supaya tidak menjejaskan pendapatan negara, Nor Mohamed
berkata:
"Sistem percukaian kita sekarang makin efisien di mana kadar
pungutan cukai akan menjadi lebih baik dan apabila kadar pendapatan
meningkat, lebih banyak cukai dapat dipungut."

Resensi lain tentang Berita Harian
Berita Harian         
Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5


Tambahkan komentar Anda Tidak ada komentar

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Lainnya tentang Berita Harian


Recent Shvoongers

  • RICS
  • adikhresna
  • Indoblogger
  • tanduk01
  • abduhradar
  • Abu Arda
  • Fredaing21
  • wimonline
  • cepot
  • wisnoe
  • ihan
  • iwamengarang
  • b0cah
  • tap181
  • amibroker
  • AsepSuryana

.