II. Polis tidak boleh dipersalahkan atas
tragedi Batu Buruk?
Saya perhatikan ramai pemimpin pembangkang cuba mengelak
daripada menghalakan kritikan buat pasukan polis dalam
kejadian berdarah di Batu Buruk malam minggu lalu. Meskipun terbukti
tragedi itu dicetuskan oleh provokasi pihak
keselamatan, namun mereka lebih selesa meletakkan kesalahan di bahu pimpinan politik Umno-BN. Lagi pun, hujah mereka,
apa untungnya kita berbalah dengan polis?
Ketika pembangkang berdepan dengan komplot penipuan besar-besaran antara Suruhanjaya Pilihan Raya bersama Jabatan
Pendaftaran Negara dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang melakukan manipulasi terancang terhadap senarai
daftar pemilih dalam pilihan raya 2004, ada nasihat agar tekanan tidak sangat diberikan kepada Pengerusi SPR kerana
beranggapan dia hanyalah alat atau perkakas kepada Umno-BN.
Semasa saya mendedahkan penglibatan Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, yang didapati bersedia untuk
diperkakaskan oleh Umno, dan kemudiannya bertungkus-lumus memainkan peranan tertentu, bagi mempastikan semua
kampus dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan Aspirasi Umno, ada pandangan mengatakan, tak perlu kita berhabis-habisan
menentang tali barut BN itu kerana semuanya digerakkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, dan mereka hanya pegawai
kanan universiti yang terpaksa menerima arahan sahaja.
Begitu juga apabila kita mahu mengasak Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah dan Peguam Negara supaya meletakkan
jawatan kerana mereka terbukti hilang integriti dan tidak berupaya mendaulatkan keadilan, maka ada cakap-cakap
memperingatkan bahawa lebih baik sasaran kita terus langsung kepada pemerintah. Hujah mereka, jika kita dapat tukar
Ketua Pengarah BPR atau Peguam Negara itu, melalui pelbagai desakan, namun pengganti yang dilantik kerajaan nanti
"lebih kurang sama sahaja".
Saya tidak mahu memanjangkan contoh-contoh lain, bimbang kita hilang fokus atas apa yang ingin saya tekankan dalam kes
Batu Buruk.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato'' Mustafa Ali semasa sidang akhbar, Isnin lalu, turut mendedahkan bahawa Setiausaha
Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang juga pemimpin Umno
Terengganu (tentunya cukup rapat dengan Dato'' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin),
bertanggungjawab mencetuskan "kekacauan" malam 8 September itu.
Umum maklum kedudukan genting-kritikal Umno Terengganu sekarang
walaupun menang besar dalam pilihan raya 2004. Segala ramuan (khususnya
dari dalam) untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Dato'' Seri Idris
Jusoh bagai sudah tersedia. Menurut pemerhati, rakyat Terengganu hanya
menunggu untuk melihat barisan kepimpinan yang bakal ditawarkan PAS
sebelum membuat keputusan untuk mengembalikan pemerintahan Islam ke
negeri itu.
Selamanya Umno, atas kedudukannya sebagai sebuah parti politik, tidak mampu untuk berdepan dengan saingan parti-parti
pembangkang, selain memperalatkan pelbagai institusi kerajaan, media dan juga membeli undi dengan rasuah, sogokan dan
ugutan. Pembabitan pasukan polis, khususnya Cawangan Khas, bagi menekan pembangkang dan melakukan gerak saraf
memburuk-burukkan siapa saja seteru politik pemerintah, bukan rahsia lagi.
Dalam banyak keadaan, mereka dijadikan perisai di medan depan,
meskipun diakui pihak polis juga sering menimbulkan masalah buat
pemerintah, jika silap kaedah yang digunakan. Misalnya, tumbukan padu
bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam kes "mata
lebam Anwar" membuatkan Umno menghadapi kemerosotan cukup ketara dalam
pilihan raya 1999, sehingga menyebabkan Terengganu mudah dikuasai PAS.
Foto mata lebam yang dicetak warna-warni itu (dipetik daripada laporan
suruhanjaya diraja) ditampal di merata tempat sehingga menimbulkan
simpati yang cukup hebat, khususnya di kalangan surirumah.
Ya, saya masih belum menjawab persoalan pokok, appolis,
yang bukan saja terbukti gagal bertindak secara profesional menangani
kes Batu Buruk, sehingga sanggup melepaskan tembakan peluru hidup untuk
menyuraikan demonstrasi - malah merekalah yang mula mencetuskan
"huru-hara" dengan orang ramai yang hanya sekadar mahu datanng
mendengar ceramah - perlu dipersalahkan terlebih dahulu, sebelum kita
menghukum Umno-BN di belakang mereka?
Seterusnya, saya cuba memberikan pandangan yang sedikit berbeda.
Bersambung ...