Cari
×

Daftarkan diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Masuk!
×

Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftarkan diri!
×

Daftarkan diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Masuk

Sign in using your Facebook account

Halaman Utama Shvoong>Gaya Hidup>Keluarga & Relasi>Adat dan budaya perkahwinan suku kaum bugis

Adat dan budaya perkahwinan suku kaum bugis

oleh: SuriaHana    
ª
 

Budaya dan adat perkahwinan suku Bugis


Budaya dan adat perkahwinan suku bugis (Makassar) merupakan salah satu budaya perkahwinan yang paling kompleks dan memenatkan.Bermula dari ritual lamaran sehingga selesai majlis resepsi/persandingan akan melalui pelbagai adat dan memakan modal yang bukan alang-alang jumlahnya. Ini termasuk mahar dan wang hantaran atau disebut “doi’ panaik”.


Lamaran.Bermula dengan acara lamaran,dalam adat bugis ini acara lamaran akan dihiasi dengan berbalas pantun antara pihak keluarga lelaki dan wanita.Istilah bagi orang bugis adalah “ maddongi dongi/mammanu’ manu’”.Dalam lamaran hal yang dibincangkan adalah mengenai jumlah mahar,kos pernikahan dan hantaran,serta penetapan tarikh pernikahan.


Persiapan.Persiapan biasanya dilakukan jauh lebih awal sebelum hari pernikahan tiba.Undangan akan dilakukan secara bertulis dan lisan.Budaya “mappada”atau memanggil secara lisan ini ternyata adat yang harus dijalankan.Biasanya dilakukan oleh ibu calon pengantin bersama kerabat keluarga wanita yang lain.Seminggu sebelum pernikahan masing-masing keluarga sudah sibuk menyiapkan perkakas untuk majlis persangdingan seperti baruga (gerbang pengantin),sarappo (pagar pembatas),panggung,serta lamming atau hiasan dekorasi.Saat ini jasa mak andam akan digunakan.Namun begitu biasanya orang bugis yang tinggal di kota lebih suka menggunakan gerbang gedung yang lebih efisien.


Adat Mappasue atau mandi wap.Ini di lakukan sebelum memasuki acara mappaci atau berinai.Ritual ini dilakukan selama 3 hari.Selama itu hal yang dilakukan adalah Appassili bunting ( cemme mappapaccing) iaitu siraman dan mencukur rambut halus calon pengantin.


Setelah itu a cara Makkaddo’ caddi’ dilakukan. Acara makan nasi pulut/ketan yang diolah secara tradisional selama 2 malam sebelum hari akad nikah. Selepas itu acara Akkorontigi, malam pacar/inai atau Mappacci dilakukan.Ini bertujuan untuk membersihkan niat calon pengantin dalam menjalankan pernikahan.


Acara selanjutnya adalah Assimorong atau akad nikah dilakukan di kediaman mempelia wanita.Mempelai lelaki akan datang ke rumah mempelai wanita bersama rombongan dengan membawa hantaran/seserahan.Hantaran itu biasanya harus ada kue-kue tradisional bugis,buah-buahan dan sepasang ayam jantan dan betina selain barang-barang keperluan si mempelai wanita yang dihias dengan cantik.


Majlis resepsi/persandingan.Majlis akan diadakan di kediaman pengantin wanita terlebih dahulu.Selepas resepsi mempelai lelaki tidak boleh menginap dan memakan sajian di rumah pengantin perempuan.

Selepas itu majlis resepsi di rumah penganti lelaki dikenali sebagai Allekka’ bunting ( Marolle ) atau Mundu mantu. Pengantin wanita juga tidak dibenarkan memakan sajian dari rumah pengantin lelaki tetapi boleh menginap namun dikawal ketat agar tidak bersatu.


Sehari selepas resepsi/majlis sanding dilakukan pula acara makan nasi pulut/ketan yang dipanggil Kaddo caddi.Akhir sekali acara Appa’ bajikeng bunting atau menyatuka kedua mempelai.Dalam ritual ini kedua mempelai akan disatukan dengan acara suapan dan mencium kening sebagai simbolasi.

Berselang beberapa hari kemudian masih dilakukan acara kesyukuran dengan memakan Lappa-lappa.

Diterbitkan di: 09 Nopember, 2011   
Mohon dinilai : 1 2 3 4 5
  1. Menjawab   Pertanyaan  :    apa makna dio majeng dalam pernikahan orang bugis...? Lihat semua
  1. Menjawab   Pertanyaan  :    kata2 untuk di pakai melamar adat suku bugis Lihat semua
Terjemahkan Kirim Link Cetak
X

.