Di sebalik tumpuan dunia yang tertumpu kepada musibah gempa bumi yang melanda
Indonesia sekarng, kumpulan BENDERA yang sebelum
ini
melakukan gerakan "sweeping Malaysia" atau gerakan sapu dan usir rakyat Malaysia di
Indonesia kembali dengan misi baru . Gerakan ini petang tadi telah mengisytiharkan perang ke atas Malaysia.
Kumpulan ini juga dikhabarkan telah bersiap sedia mengepung kedutaan besat Malaysia di Jakarta bagi menuntut pihak pemerintah Indonesia lebih bersikap tegas terhadap Malaysia berkait beberapa isu yang memanaskan hubungan antara dua negara serumpun itu.
Menurut laporan Buletin Utama yang disiarkan di TV malam tadi, dianggarkan kira kira 200 orang termasuk kanak kanak telah berhimpun di Bogor, Jawa Tengah petang tadi. Mereka beramai ramai mendaftarkan diri sebagai sukarelawan dan telah mengisytuharkan perang ke atas Malaysia.
Dengan bersenjatakan buluh runcing , kumpulan itu juga telah mengenakan pengikat kepala berwarna merah putih iaitu warna kebangsaan Indonesia sambil berarak keluar kampung temasuk membakar gambar Jalur Gemilang ditepi jalan.
Menurut jurucakap bagi kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Abdul Tholib, tindakan pertama yang akan dilakukan kumpulanya ialah megepung kedutaan bersar Malaysia di Jakrta sebelum berangkat ke Malaysia.
Kumpulan ini juga menafikan sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa gerakan "sweeping Malaysia" ini tidak mendapat sokongan daripada rakyat Indonesia. Mereka ingin membuktikan bahawa gerakan itu bukan sahaja berlaku dibeberapa tempat di Jakarta malahan turut berlaku di kampung kampung yang berada di luar bandar.
Walaubagaimanapun , pihak berkuasa Indonesia berjaya menghalang perarakan kumpulan tersebut daripada bergerak lebih jauh.
Dalam keadaan Indonesia yang masih lagi berduka akibat dilanda gempa bumi beberapa hari lalu,lagi elok rasanya kumpulan ini menggembleng tenaga untuk membantu pihak berkuasa mencari dan menyelamat mangsa mangsa yang masih terperangkap dibawah runtuhan bangunan berbanding membunag masa membuat perkara yang tidak menguntungkan mana mana pihak.
Amat memalukan apabila dua negara berjiran yang berkongsi banyak perkara boleh bertelagah disebabkan isu remeh temeh. Jangan keterlaluan melakukan apa apa tindakan yang boleh memburukan lagi suasana.