Halaman Utama Shvoong > Hukum & Politik > Agensi kredit dan pengurusan kredit

.

Agensi kredit dan pengurusan kredit

Summary rating: 1 stars 4 Tinjauan
Pengarang : xnhyuso
Ringkasan oleh : xnhyuso
Kunjungan : 245  kata: 900   Diterbitkan di: Desember 10, 2007

AGENSI KREDIT DAN PENGURUSAN KREDIT

Jenis perkhidmatan

Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan

Memberi anda kaunseling dan nasihat berhubung belanjawan kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu anda membuat belanjawan untuk mengurus perbelanjaan anda.
Program pengurusan kredit

Membantu anda dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. Pelan tersebut akan membantu anda untuk membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan anda.
Pendidikan kewangan

Menyediakan program dan bahan pendidikan, terutamanya mengenai penggunaan kredit pengguna secara betul dan kemahiran asas pengurusan wang serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.
Kriteria yang layak :

1. Perkhidmatan kaunseling dan pendidikan kewangan
Perkhidmatan ini disediakan kepada semua individu.
2. Program pengurusan kredit
Anda boleh menghubungi kami untuk bantuan dalam mengurus pinjaman anda sekiranya anda mempunyai pinjaman seperti pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, kad caj atau pinjaman persendirian atau pembiayaan lain dengan lebih daripada sebuah penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Penyedia perkhidmatan kewangan terdiri daripada:

Semua bank perdagangan
Semua bank Islam
Semua syarikat insurans
Semua pengendali takaful
Institusi kewangan pembangunan1
Pengeluar kad kredit/caj1
1 Hanya institusi atau produk yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia
Kriteria Asas bagi Program Pengurusan Kredit :

Tidak diistiharkan muflis
Individu yang tidak berkemampuan untuk menguruskan hutang mereka
Mesti mempunyai sumber pendapatan positif
Bukan dibawah tindakan undang-undang yang telah lanjut
Tiada pinjaman yang diperolehi oleh institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh BNM
Pendedahan pinjaman kurang daripada RM2 juta
 



 
 
 
 
Soalan Lazim


1. Apakah AKPK?
AKPK adalah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan khas bagi menyediakan:






perkhidmatan pengurusan kewangan;
kaunseling kredit; dan
pendidikan kewangan dan pengstrukturan semula pinjaman kepada para individu
Perkhidmatan yang diberikan oleh AKPK adalah secara percuma
2. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK?






Kaunseling dan Nasihat mengenai Pengurusan Kewangan




Kaunseling dan nasihat secara bersemuka yang merangkumi bajet kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit.
Bantuan akan disediakan kepada pengguna dalam menganalisis keadaan kewangan dan mengenal pasti semua pilihan yang ada untuk membantu mereka kembali kepada keadaan sediakala.
Program Pengurusan Kredit




Program pembayaran balik hutang yang khusus dirangka untuk memberi peminjam yang layak penyelesaian terhadap keadaan kewangan mereka.
Program ini termasuk kajian semula keadaan kewangan semasa dan pewujudan penyelesaian kewangan yang khusus secara bersama oleh peminjam dan institusi kewangan.
Pendidikan Kewangan




Program pendidikan disasarkan pada kumpulan atau individu tertentu berhubung dengan penggunaan kredit pengguna yang wajar dan kemahiran asas pengurusan wang seperti simpanan dan membuat belanjawan serta tip untuk menggunakan kredit secara yang bertanggungjawab dan pengurusan hutang.
3. Bilakah saya memerlukan bantuan dari AKPK?






Sekiranya anda tidak dapat menguruskan wang anda dengan baik.
Mempunyai masalah dengan pembayaran hutang piutang.
Hanya mampu membuat bayaran minima 5% daripada jumlah hutang kad kredit
Jika anda membuat pengeluaran tunai dari kad kredit untuk menampung perbelanjaan atau membuat bayaran kad kredit lain.
Tidak mempunyai simpanan atau insurans untuk menampung keperluan kecemasan.
Jika anda sering mendapat panggilan daripada pemiutang
Jika anda telah diberi notis untuk tindakan undang-undang.
4. Bagaimana saya akan mengetahui saya perlukan bantuan dari AKPK?






Individu-individu yang mermerlukan nasihat mengenai cara mengurus wang secara berhemah boleh menghubungi AKPK.
Bagi Program Pengurusan Hutang, bantuan diberikan kepada kategori kategori individu deperti yang tersebut:




Tidak diistiharkan muflis.
Individu yang tidak berkemampuan untuk menguruskan hutang mereka.
Mesti mempunyai sumber pendapatan positif
Bukan dibawah tindakan undang-undang yang telah lanjut
Tiada pinjaman yang diperolehi oleh institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh BNM
Pendedahan pinjaman < RM2 juta
5. Sekiranya saya memerlukan perkhidmatan pengurusan kredit, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda boleh mengunjungi dimana-mana cawangan pejabat AKPK di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching ATAU talipon kami di talian bebas tol kami di 1 800 88 2575.
6. Bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada AKPK sekiranya saya bukan seorang pelanggan penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM?
Ya. Anda tidak perlu menjadi pelanggan penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM untuk menikmati perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan oleh AKPK.
7. Bolehkah saya mendapatkan bantuan kewangan daripada AKPK?
Tidak. AKPK tidak menyediakan bantuan kewangan.
8. Bolehkah saya meminta bantuan AKPK sekiranya saya mempunyai masalah pinjaman dengan hanya sebuah penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM?
Sekiranya anda mempunyai masalah pinjaman dengan sebuah penyedia perkhidmatan kewangan, anda perlu terlebih dahulu berbincang terus dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda. Namun demikian, sekiranya anda gagal mencapai penyelesaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda, anda boleh merujuk kes anda ke AKPK untuk bantuan.
9. Bolehkah AKPK membantu saya sekiranya kes saya telah dibawa ke mahkamah oleh penyedia perkhidmatan kewangan?
Tidak. AKPK tidak akan memberi pertimbangan terhadap kes anda sekiranya ia telah dibawa atau dirujuk ke mahkamah.
10. Sekiranya saya memerlukan perkhidmatan pengurusan kredit, apakah dokumen yang perlu saya kemukakan?
Bagi membolehkan AKPK menyemak kes anda, anda perlu melengkapkan borang permohonan. Borang tersebut memerlukan maklumat berhubung dengan kedudukan kewangan anda seperti pendapatan dan perbelanjaan anda, aset dan liabiliti serta salinan penyata cukai pendapatan anda.



 
 

Abstrak lain tentang Agensi kredit dan pengurusan kredit
Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5


Tambahkan komentar Anda Jumlah komentar dalam abstrak ini: 2

Komentar

Showing 2 out of 2   Tambahkan komentar Anda
  1. Untuk Permohonan

    AHMAD FARID IDRIS

    14 Maret 2008

    Perlu kah saya mendapatkan pengesahan bank-bank untuk diakui & berapa nilai credit yang ada.

  2. Jawapan

    xnhyuso

    14 Maret 2008

    Anda hanya perlu ke Bank Negara untuk mendapatkan slip kredit. Pada mulanya anda cuma hanya perlu pergi ke taklimat yang diberikan oleh AKPK sebelum sebarang proses kaunseling oleh pakar diberikan.

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------