• Daftarkan diri
  • ‎Apakah Shvoong itu?‎
  • Masuk
    Masuk
    Ingat user ID ini. Lupa password anda?

Buat rangkuman pengetahuan manusia di Shvoong.

.

.

www.shvoong.com

oleh : zool     


Hosting : Tapak Bisnes Anda
         Menyediakan Tapak Laman
Web Anda ( Hosting )

 

Jika perniagaan konvensional ( offline ) memerlukan kedai bagi menerima pengunjung sebagai tapak , perniagaan Internet juga begitu ,Cuma sewa bulanan untuk hosting tidak semahal mendirikan kedai konvensional .Perniagaan Internet juga perlu ada tapak . Bagi membolehkan laman web anda diakses dan dilihat orang dari seluruh dunia pada bila-bila masa , makanya kita perlu tapak yang sememangnya terbuka 24 jam sehari semalam , 7 hari seminggu . Anda perlu ingat , malam di Malaysia bermaksud siang di Amerika .
Itu bahasa mudahnya . Anda perlu meletakkan laman web anda dalam ruangan storan web server yang mempunyai sambungan internet ( lagi laju lagi bagus ) . Saya ringkaskan , anda perlukan hosting sebagai tapak laman web anda .
Terdapat 2 kategori penyedia hosting iaitu percuma dan berbayar . Namun , bagi memulakan perniagaan Internet secara professional , lebih baik anda menggunakan hosting berbayar . Kepada yang berminat mencubanya secara percuma , anda boleh mencubanya di Geocities , Lycos dan 50megs.com .

Lazimnya , penyedia hosting percuma ini meletakkan banner iklan mereka di laman web anda . Ini secara logic bakal mengganggu tumpuan pengunjung laman web anda dan turut menjejaskan kreditibiliti anda .
Kita beralih kepada hosting berbayar . Bagaimana hendak memilih pakej hosting yang berpatutan ? Jangan terus meluru kepada penyedia hosting yang murah-murah , kerana apa yang lebih penting ialah spesifikasinya .
Hosting adalah kemudahan penting dalam dunia Internet . Sekiranya penyedia hosting tadi lesap tiba-tiba , maka lesaplah keseluruhan perniagaan anda . Berhati-hati !!
Elakkan daripada menggunakan khidmat nama –nama besar di Internet seperti Yahoo!, ValueWeb , dan sebagainya . Mereka meletakkan caj yang mahal kerana ‘brandingnya’.
Contoh,ValueWeb mengenakan harga permulaan sebanyak USD24.95 sebulan .
 
 
 
Saya bantu anda dengan memberikan criteria bersesuaian untuk perniagaan Internet :
(1)  Ruang Storan 200MB ke atas
Biasanya anda guna 30% daripada jumlah keseluruhan , Namun ruang lebihan tersebut ada gunanya! Anda boleh guna ketika mahu menambah maklumat perniagaan anda atau mengemaskinikan data perniagaan anda .
(2)  Peruntukan pindahan data bulanan sekurang-kurangnya 2GB
Kriteria ini adalah laman web permulaan dan mempunyai bilangan pengunjung kurang 1000 . Apabila wujud pertambahan pengunjung , anda dengan mudah dapat menaik taraf hosting plan anda .
      (3)Boleh digunakan secara multidomain
Pelbagai domain name hanya menggunakan satu akaun hosting sahaja .
      (4)Bantuan Teknikal 24 Jam Sehari 7 Hari Seminggu
Cari logo 24/7 . Itulah maksudnya !! Selain itu , cuba hantar e-mail bertanyakan sesuatu . Maksud saya , uji kepantasan sistem mereka membalas pertanyaan anda . ‘Time Is Money’.
Please comment my article
zool_streamyx@yahoo.com
Truly Appreciated !
  
Diterbitkan di: Juni 25, 2007

Komentar

Showing 1 out of 1   Tambahkan komentar Anda
  1. 0 Tinjauan 25 Juni 2007
    1

    Fadhil

    Menarik!!

    Sekarang saya dh tau pe itu hosting!! Time kasih zulfadzli

Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5
Tambahkan komentar Anda

Bookmark & share this post

.