Halaman Utama Shvoong > Seni & Humaniora > Bersenda Gurau Dengan Menyebut Nama Allah, Alqur''an Atau Rasulullah s.a.w.

.

Bersenda Gurau Dengan Menyebut Nama Allah, Alqur''an Atau Rasulullah s.a.w.

Summary rating: 3 stars 2 Tinjauan
Summary by : sefrizal
Kunjungan : 221  kata: 600   Diterbitkan di: Agustus 02, 2007
Firman Allah s.w.t.:
 
 “Dan jika kamu tanyakan kepada orang-orang munafik (tentang apa yang mereka lakukan) tentulah mereka akan menjawab: ''sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain main saja'', katakanlah: ''apakah dengan Allah, ayat ayat Nya dan RasulNya kalian selalu berolok-olok?'', tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman…” (QS. At taubah, 65 - 66).
 
 Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a., Muhammad bin Kaab, Zaid bin Aslam, dan Qatadah, suatu hadis dengan rangkuman sebagai berikut: "Bahawasanya ketika dalam peperangan tabuk, ada seseorang yang berkata: "Belum pernah kami melihat seperti para ahli membaca Al-Qur''an (qurra'') ini, orang yang lebih buncit perutnya, dan lebih dusta mulutnya, dan lebih pengecut dalam peperangan", maksudnya adalah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang ahli membaca Al-Qur''an. Maka berkatalah Auf bin Malik kepadanya: "kau pendusta, kau munafik, aku beritahukan hal ini kepada Rasulullah s.a.w.", lalu berangkatlah Auf bin Malik kepada Rasulullah untuk memberitahukan hal ini kepada beliau, akan tetapi sebelum ia sampai , telah turun wahyu kepada beliau.
 
 Dan ketika orang itu datang kepada Rasulullah s.a.w., beliau sudah beranjak dari tempatnya dan menaiki untanya, maka berkatalah ia kepada Rasulullah: "ya Rasulullah, sebenarnya kami hanya bersenda gurau dan mengobrol sebagaimana obrolan orang yang mengadakan perjalanan untuk menghilangkan penatnya perjalanan", kata Ibnu Umar: "sepertinya aku melihat orang tadi berpegangan sabuk pelana unta Rasulullah, sedang kedua kakinya tersandung-sandung batu, sambil berkata: "kami hanyalah bersenda gurau dan bermain main saja", kemudian Rasulullah bersabda kepadanya:
 
 "Apakah dengan Allah, ayat-ayat Nya, dan RasulNya kamu selalu berolok olok ".
 
 Rasulullah s.a.w. mengatakan seperti itu tanpa menengok, dan tidak bersabda kepadanya lebih dari pada itu.
 

Kandungan bab ini:
 
1-Masalah yang sangat penting sekali, bahawa orang yang bersenda gurau dengan menyebut nama Allah, ayat ayat Nya dan RasulNya adalah kafir.
 
2-Ini adalah penafsiran dari ayat diatas, untuk orang yang melakukan perbuatan itu, siapapun dia.
 
3-Ada perbezaan yang sangat jelas antara menghasut dan setia Allah dan RasulNya. .
 
4-Ada perbezaan yang cukup jelas antara sikap memaafkan yang dicintai Allah dengan bersikap tegas terhadap musuh musuh Allah.
 
5-Tidak setiap permintaan maaf dapat diterima. .Tulis ringkasan Anda di sini.


Ringkasan lain tentang Bersenda Gurau Dengan Menyebut Nama Allah, Alqur''an Atau Rasulullah s.a.w.
Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5


Tambahkan komentar Anda Tidak ada komentar

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------