Diriwayatkan dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang Nusyrah, beliau menjawab:
"Hal itu termasuk perbuatan syaitan" (HR.Ahmad
dengan sanad yang baik, dan Abu Daud)
Imam Ahmad ketika ditanya tentang nusyrah, menjawab: "Ibnu Mas''ud membenci itu semua."
Diriwayatkan dalam shoheh Bukhori, bahawa Qotadah menuturkan: Aku bertanya
kepada Said bin Musayyab: "Seseorang yang
terkena sihir atau diguna-guna, sehingga
tidak boleh menggauli isterinya, bolehkah ia diubati dengan menggunakan Nusyrah?", ia menjawab:
"Tidak apa-apa, kerena yang mereka inginkan hanyalah kebaikan untuk menolak madlarat, sedang sesuatu yang bermanfaat itu tidaklah dilarang."
Diriwayatkan dari Al Hasan r.a. ia berkata: "tidak ada yang dapat melepaskan pengaruh sihir kecuali tukang sihir".
Ibnul qoyyim menjelaskan: "Nusyrah adalah penyembuhan terhadap seseorang yang terkena sihir. Caranya ada dua macam:
Pertama: dengan menggunakan sihir pula, dan inilah yang termasuk perbuatan syaitan. Dan pendapat Al Hasan diatas termasuk dalam kategori ini, kerana masing-masing dari
orang yang menyembuhkan dan orang yang disembuhkan mengadakan pendekatan kepada syaitan dengan
apa yang diinginkannya, sehingga dengan demikian perbuatan syaitan itu gagal memberi pengaruh terhadap orang yang terkena sihir itu.
Kedua: Penyembuhan dengan menggunakan Ruqyah dan ayat-ayat yang berisikan minta perlindungan kepada Allah s.w.t., juga dengan ubat ubatan dan doa-doa yang diperbolehkan. Cara ini hukumnya boleh.
Kandungan bab ini:
1-larangan Nusyrah.
2-Perbezaan antara Nusyrah yang dilarang dan yang diperbolehkan. Dengan demikian menjadi jelas masalahnya.
Ringkasan lain tentang Nusyrah