Halaman Utama Shvoong > Seni & Humaniora > Macam Macam Sihir

.

Macam Macam Sihir

Summary rating: 3 stars 3 Tinjauan
Summary by : sefrizal
Kunjungan : 279  kata: 600   Diterbitkan di: Agustus 01, 2007
Imam Ahmad meriwayatkan: telah diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Ja''far dari Auf dari Hayyan bin ''Ala'' dari Qathan bin Qubaishah dari bapanya, bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
 "Iyafah, Tharq dan Thiyarah adalah termasuk Jibt"
 
 Auf menafsiri hadis ini dengan mengatakan:
 
 Iyafah adalah meramal nasib orang dengan menerbangkan burung.
 
 Tharq adalah meramal nasib orang dengan membuat garis di atas tanah.
 
 Jibt adalah sebagaimana yang telah dikatakan oleh Hasan: suara syaitan. (hadis tersebut sanadnya jayyid). Dan diriwayatkan pula oleh Abu Dawud, An Nasa''i, dan Ibnu Hibban dalam shahihnya dengan hanya menyebutkan lafadh hadis dari Qabishah, tanpa menyebutkan tafsirannya.
 
 Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
 "Barang siapa yang mempelajari sebahagian dari ilmu nujum (per bintangan) sesungguhnya dia telah mempelajari sebahagian ilmu sihir. semakin bertambah (ia mempelajari ilmu nujum) semakin bertambah pula (dosanya)" (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).
 
 An-Nasai meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
 "Barang siapa yang membuat suatu buhulan, kemudian meniupnya (sebagaimana yang dilakukan oleh tukang sihir) maka ia telah melakukan sihir, dan barang siapa yang melakukan sihir maka ia telah melakukan kemusyrikan, dan barang siapa yang menggantungkan diri pada sesuatu benda (jimat), maka ia dijadikan Allah bersandar kepada benda itu".
 
 Dari Ibnu Mas''ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
 "Mahukah kamu aku beritahu apakah Adh-h itu?, ia adalah perbuatan mengadu domba, iaitu banyak membicarakan keburukan dan menghasut di antara manusia" (HR. Muslim).
 
 Dan ibnu Umar r.a. menuturkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
 "Sesungguhnya di antara susunan kata yang indah itu terdapat kekuatan sihir."(HR. Bukhori dan Muslim)
 

Kandungan bab ini:
 
1-Diantara macam sihir (Jibt) adalah iyafah, thorq dan thiyarah.
 
2-Penjelasan tentang makna iyafah, thorq dan thiyarah.
 
3-Ilmu nujum (perbintangan) termasuk salah satu jenis sihir.
 
4-Membuat buhulan dengan ditiupkan kepadanya termasuk sihir.
 
5-Mengadu domba juga termasuk perbuatan sihir.
 
6-Keindahan susunan kata juga termasuk perbuatan sihir.

Ringkasan lain tentang Macam Macam Sihir
Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5


Tambahkan komentar Anda Jumlah komentar dalam abstrak ini: 1

Komentar

Showing 1 out of 1   Tambahkan komentar Anda
  1. komentar ku

    fitra alghazali

    28 Oktober 2007

    very-very good

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------