Firman Allah s.w.t.:
“Mereka menepati
nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.” (QS. Al insan, 7)
“Dan apapun yang kalian nafkahkan, dan apapun yang kalian nazarkan,
maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (QS. Al baqarah, 270).
Diriwayatkan dalam shoheh Bukhori dari Aisyah ra. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Siapa yang
bernazar untuk mentaati Allah maka ia wajib mentaatinya, dan barang siapa yang bernazar untuk bermaksiat
kepada Allah maka ia tidak boleh bermaksiat kepadaNya (dengan
melaksanakan nazarnya itu). "
Kandungan bab ini:
1-Menunaikan nazar
adalah wajib.
2-Apabila sudah menjadi ketetapan bahawa nazar itu ibadah kepada Allah, maka memalingkannya kepada selain Allah adalah syirik.
3-Dilarang melaksanakan nazar yang maksiat.
Ringkasan lain tentang Bernazar Untuk Selain Allah Adalah Syirik