SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL:
Sebab semalam semasa
aku tengah minum, lembu tu terajang aku.
Nasib baik tak
mati.
===================================
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai
2 Ringgit
===================================
SAM:
Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati
lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu
yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula
dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini
kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah
kena potong!
===================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9
orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah
tahu...
===================================
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk
dengan lebih baik lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG
LAGI"
Resensi lain tentang SAM vs DOL