Ada sorang
lelaki bernama Ali, baru buka
perniagaan khidmat nasihat. Officenya
amat canggih, sederet dengan beberapa
ofis yang lain. Ali seorang pakar
perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba
nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis
dia masih baru, baru renovate la katakan.
Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai
sekarang satu bisnes
pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun
belum pernah singgah
kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat
luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih
tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.
Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler,
1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas
meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk
perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh
lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat
phone tu ( padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.
"Ye Dato’, ooo pasal project tu dato’, saya akan uruskan dato’, ala dato’ bayar
kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato’, lagi pun sudah
terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan
kami, itu dah cukup
mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato’…baik dato’…
Oklah dato’…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato’….bye"
Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk
terkebil kebil didepannya tadi, menunggu Ali.
"Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami,
maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang,
tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh
bantu dalam perniagaan encik" tanya Ali.
Lelaki tu menjawab " Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon
tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line"
Ali pun %$@&^% ^*%^*^ $!!$#$&, cuci muka ngan air longkang!
Maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!
Kuangg... Kuanggg... Kuangggggggggggggg!!!!!!!!!!
Resensi lain tentang Telekom Punya Telefon