• Daftarkan diri
  • ‎Apakah Shvoong itu?‎
  • Masuk
    Masuk
    Ingat user ID ini. Lupa password anda?

Buat rangkuman pengetahuan manusia di Shvoong.

.

.

Adam dan HAwa

oleh : ighi     

Pengarang : Aisya Sofea

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya
kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk,
menyebabkan dia dan Adam
Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu,
seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan
tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain
yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung
hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah
berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu
salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu
Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula
terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam
yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai
berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya
kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba
menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak
tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Diterbitkan di: April 08, 2008
Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.