HATIMU UNTUK SIAPA
Summary rating: 5 stars
2 Tinjauan
Kunjungan:
38
kata:
300
Diterbitkan di: April 08, 2008
Mazwin dan Szaza, dua beradik yang berlainan
karektor; seorang model janda beranak satu yang ‘berani’ dan seorang lagi suri
rumah penuh kesopanan. Suatu hari Szaza yang penyantun itu bertukar menjadi
amat buruk apabila terlihat kekasih lamanya di kaca tv. Sejak itu Szaza gelisah
dan watak baiknya luntur. Dia mahu kembali ke tangan Izam, kekasih yang telah
menjadi kaya, popular dan ternama itu.
Izam sudah cukup bahagia bersama isterinya Salina, namun dia sentiasa
merindui kekasih-kekasih lamanya. Dari sudut yang lain dia adalah ‘syaitan’
yang bertopengkan manusia apabila menjalin perhubungan dengan beberapa wanita
cantik.
Szaza melakukan pelbagai usaha untuk menghubungi Izam dan dia amat
terperanjat apabila mendapati Mazwin telah mendahului. Berlaku persaingan
senyap tanpa disedari oleh kedua-dua pihak hingga membawa kepada pelbagai
insiden yang membabitkan harta, nyawa dan perasaan. Soalnya, betulkah yang
ditemui oleh Mazwin dan Szaza itu Izam?
Sebuah novel motivasi terunggul untuk dihayati, dinikmati serta diambil
1001 pengajaran daripadanya.