Dekat Di Hati
Summary rating: 4 stars
4 Tinjauan
Kunjungan:
16
kata:
300
Diterbitkan di: April 08, 2008
TUJUH belas tahun yang
lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya.
Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai
besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas
beristikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan.
Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka
sekeluarga.
Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini,
Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan.
Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan
melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu
tanggungjawab.
Susah hidupnya di rantau orang, derita lagi
hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri.
Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah ‘mati’.
Dalam diam, Johan cuba
memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas.
Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini
kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.