Halaman Utama Shvoong > Buku > Novel > Cinta Sang Ratu

.

Cinta Sang Ratu

Summary rating: 1 stars 1 Tinjauan
Pengarang : Ramlee Awang Mursheed
Review by : ighi
Kunjungan: 21
kata: 600
Diterbitkan di: April 08, 2008


Kisah kesinambungan dari Bagaikan Puteri. Haryani yang sedar
dari koma dan masih dalam proses penyembuhan dari penyakit jiwanya masih
teringatkan Laksamana Sunan dari zaman silam. Dani pula yang menyimpan perasaan
terhadap Haryani pergi ke Acheh menjejak susur galur Laksamana Sunan. Akibat
dari Tsunami Dani terdampar dan hilang waras.

Sementara itu di zaman silam, Laksamana Sunan diserang hendap oleh anak
Maharani iaitu Ratu Sulaman, tetapi Ratu Sulaman tertewas dan Laksamana Sunan
memberinya peluang untuk mendekati Islam, akhirnya Ratu Sulaman disunting
Saifudin untuk menjadi surinya dan dinamakan Ratna. Maharani murka dan
berdendam, dihantar gagak hitam yg jahat untuk mengintip dan dengan tipu
muslihatnya, dia menculik Ratna dan menyihir menjadi Ratu Sulaman semula.

Di zaman kini, Haryani pergi menjejaki Dani ke Medan setelah diketahui isi hati Dani melalui
poskad yg dihantar Dani. Menurut kedutaan MAlaysia, Dani telah hilang dalam
Tsunami di Acheh, namun begitu Haryani masih yakin yang Dani masih hidup.
Walaupun ditegah keluarga, Haryani tetap menyelinap lari ke Medan. Semasa dalam pencarian, Haryani telah
di tipu oleh Ponah, pemandu yang sanggup membawanya ke Acheh. Dia telah
diperangkap di Manggala, tempat manusia berupa serigala jadian sewaktu bulan
mengambang. Semasa dalam tahanan Bahadur, (ketua manusia serigala), Haryani berjaya
melarikan diri dan terjumpa Ponah yang telah mnjadi mayat hancur dibaham
serigala jadian.

Senggara yang merupakan makhluk manusia bertopeng mempunyai kuasa yang kuat dan
mampu menyerang tentera secara bersendirian. Senggara merupakan mahkluk dua jiwa,
1 yang jahat dan yang baik. Maharani menyihir Senggara menjadi amat jahat dan
menyerang bahtera Laksamana Sunan. Walaupun kuat Senggara tertewas, rupa2nya
dengan keris Nangroe Senggara ditikam dijantung lalu hilang berpusar menjadi
cahaya menuju ke langit. Senggara baik adalah dari roh Dani yang tersesat ke
zaman silam.

Manakala Dani telah dirawat oleh Pak Mustakim dan Saliha. Pak Mustakim risau
tentang makhuk serigala jadian yang mana dia merupakan keturunan dari Manggala
juga. Ada
beberapa penduduk dalam khemah Tsunami yang pernah ternampak serigala jadian,
bermakna Pak Mustakim dan Saliha mungkin menjadi serigala jadian sewaktu bulan
mengambang. Mereka cuba
berubat dengan pergi ke Manggala. Di sini lah mereka terjumpa Bahadur dan
Haryani. Haryani dan Dani bertemu, tetapi Dani masih belum sedar di dunia
nyata.

Setelah Saifudin menikam Senggara, Dani menggelupur bagai terkena sawan, Dani
tersedar dari dunia gilanya dan mengenali Haryani.

 

Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • AsepSuryana
  • herro
  • jurnalis
  • DenKun
  • Kharis
  • nilna
  • AryaGuna
  • airakheisa
  • Rakyat
  • kusuma
  • tomaz
  • insansains
  • deleon
  • PermataPratiwi
  • KireinaLie
  • HooNanz

.