Cari
×

Daftarkan diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Masuk!
×

Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftarkan diri!
×

Daftarkan diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Masuk

Sign in using your Facebook account

Adab-ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN

oleh: Firin     Pengarang : ADAB-ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN
ª
 
ADAB-ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN

1 Ikhlaskan niat.
2 Bersabar.
3 Mulakan bacaan dengan Bismillah.
4 Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
5 Bersih dari hadas kecil dan besar.
6 Sebaiknya menghadap kiblat.
7 Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
8 Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
9 Memberikan tumpuan sepenuhnya.
10 Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
11 Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
12 Menghormati Al-Qur'an.
13 Menghormati guru.
14 Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.

*Sebelum menghafal
1 Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2 Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3 Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4 Berada dalam keadaan tenang.
5 Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6 Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7 Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8 Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

*Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
1 Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2 Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3 Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4 Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5 Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1 Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2 Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3 Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4 Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5 Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1 Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2 Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3 Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4 Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1 Pilih seorang teman yang sama minat.
2 Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3 Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4 Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
1 Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah surah tertentu.
2 Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3 Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4 Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5 Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1 Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2 Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1 Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf.
2 Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1 Buat beberapa kotak. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
2 Catat dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
3 Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1 Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2 Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3 Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"
1 Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2 Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3 Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

* Mengekalkan Hafalan
o Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
o Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
o Kerjakan solat hajat kepada Allah.
o Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
o Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
o Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
o Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
o Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Diterbitkan di: 23 Januari, 2010   
Mohon dinilai : 1 2 3 4 5
  1. Menjawab   Pertanyaan  :    massa jenis benda 4g/cm3 setara dengan Lihat semua
  1. Menjawab   Pertanyaan  :    apa pengertian dari adab membaca al qur'an,adab mendengar al qur'an,adab menghafal al qur'an,serta apa hadis dan hikmah dari semua yang tersebut di atas? Lihat semua
  1. Menjawab   Pertanyaan  :    apa contoh adab mendengar Lihat semua
  1. Menjawab   Pertanyaan  :    assalamualaikum,bagaimana cara membaca Al-Quran dengan baik dan benar. Lihat semua
Komentar Terjemahkan Kirim Link Cetak
X

.