• Daftarkan diri
  • ‎Apakah Shvoong itu?‎
  • Masuk
    Masuk
    Ingat user ID ini. Lupa password anda?

Buat rangkuman pengetahuan manusia di Shvoong.

.

Halaman Utama Shvoong>Buku>Bacaan Anak>Budak Perempuan Paling Nakal Di Sekolah

.

Budak Perempuan Paling Nakal Di Sekolah

oleh : Amiene Rev     

Pengarang : Enid Blyton
Ringkasan ini diterjemahkan dari The Naughtiest Girl In School
Elizabeth adalah seorang gadis cilik yang sangat sangat nakal. Dia selalu mempermainkan orang yang ditugaskan untuk mengasuhnya
dan ini menyebabkan ramai pengasuh berhenti bekerja.Ibu bapanya sering ke luar negara sementara dia ditinggalkan bersama pengasuhnya. Suatu ketika, tidak ada lagi orang yang mahu menjadi pengasuhnya dan ini menyebabkan ibu bapa Elizabeth membuat keputusan untuk menghantarnya ke sekolah berasrama.Elizabeth menangis dan merajuk kerana tidak mahu dihantar ke sekolah berasrama tetapi usahanya sia-sia.Di sekolah tersebut, Elizabeth sengaja melakukan pelbagai perbuatan nakal terhadap guru dan para pelajar supaya dia ditukarkan semula ke sekolah biasa. Disebabkan tindakannya itu, dia mula digelar sebagai "budak perempuan paling nakal di sekolah".Namun, ada sesuatu yang positif mengenai Elizabeth apabila dia cuba menolong Jane, seorang gadis kecil yang memiliki keluarga yang menyedikan dan tidak mempunyai kawan di sekolah.Elizabeth berkawan dengan gadis yang sentiasa bermuram durja ini dan sentiasa membela gadis tersebut. Mereka akhirnya menjadi sahabat baik.Setengah tahun kemudian, Elizabeth mula mendapat beberapa orang kawan. Dia banyak membantu di taman sekolah, bermain piano, menunggang kuda dan mendapat keputusan yang baik dalam pembelajaran.Apabila ibunya datang untuk bertemunya setengah tahun kemudian, Elizabeth seolah-olah sudah berubah menjadi orang lain. Pihak sekolah walau bagaimana pun memberi peluang kepada Elizabeth sama ada mahu terus tinggal di sekolah itu atau kembali ke rumahnya.Elizabeth memutuskan untuk tinggal di sekolah tersebut dan bermulalah kisah-kisah pengembaraan menarik yang dilalui oleh Elizabeth, sebagaimana yang ditulis oleh Enid Blyton.
Diterbitkan di: April 27, 2007
Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.