• Daftarkan diri
  • ‎Apakah Shvoong itu?‎
  • Masuk
    Masuk
    Ingat user ID ini. Lupa password anda?

Buat rangkuman pengetahuan manusia di Shvoong.

.

.

East of Eden

oleh : dammahum    

Pengarang : John Steinback
Kehadapan semua,
        Saya tidak tahu kalau anda pernah membaca buku bertajuk "East of Eden". Kisahnya berkisar tentang
perjuangan seorang ayah membesarkan dua nak lelakinya yang beribukan seorang wanita berhati iblis yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginan diri sendiri. 
        Kisah bermula dengan Adam dan adiknya sedang berehat di rumah pada suatu petang apabila mereka mendengar bunyi dentuman kuat di luar seolah-olah ada sesuatu yang terjatuh dari tempat yang tinggi. Adam, banduan yang lari dari penjara mula kasihan dengan wanita yang dianggapnya dalam keadaan yang memerlukan perhatian. Beliau memberikan perhatian yang penuh demi membantu Kathy sembuh dari luka parah yang ditanggung hasil pukulan seorang lelaki yang cuba diperdayakan sewaktu menjadi pelacur di bandar yang agak berjauhan dengan ladang tempat di mana dia, Adam dan adiknya tinggal. Adam, tidak menjangkakan apa yang bakal berlaku, nekad mengambil Kathy sebagai isteri.
            Namun setelah dikurniakan dua anak, Kathy bertindak di luar batasan manusiawi apabila dia menembak suaminya dengan sepucuk pistol akibat ditegah daripada keluar berjalan-jalan. Kejadian ini membawa Kathy ke lembah yang teramat hina apabila dia sering bergelumang dengan dosa, bukan hanya sebagai pelacur, tetapi pembunuh apabila cuba mrampas rumah pelacuran di mana dia bekerja dengan meracun pemiliknya.
         Kisah klasik karangan John Steinback ini begitu meruntun kerana setiap baris ayat yang ditulis membawa kepada interpretasi yang sangat luar biasa.  
Diterbitkan di: Januari 25, 2009
Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.