1. Andai kata
cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu
bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga
sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah
di penglihatan derita di
perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh
cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu
menjadi hilang
dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang
sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada
perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu
selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di
kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama
pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria
dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir.
Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua
perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia
terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan
percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar
kita lemah tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi
menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan
semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan.
Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu
debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu
getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya
kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita
juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat
memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama
adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan
adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta
suci atau cinta sejati.
Resensi lain tentang Tentang Cinta