• Daftarkan diri
  • ‎Apakah Shvoong itu?‎
  • Masuk
    Masuk
    Ingat user ID ini. Lupa password anda?

Buat rangkuman pengetahuan manusia di Shvoong.

.

Halaman Utama Shvoong>Buku>MINAH REMPIT KEDAH

.

MINAH REMPIT KEDAH

oleh : fkr655     

Pengarang : HAZRI99
AKSI MINAH REMPIT LA PLAK........Aksi Minah Rempit pulaPost by hazri99 on Aug 30, 2006, 9:22amALOR
STAR: Selepas penjualan
cakera padat video (VCD) `Alor Star, Kulim dan
Jitra Panchung’ yang memaparkan aksi `Mat Rempit’, kini timbul pula VCD
terbaru yang memaparkan aksi `Minah Rempit’ dengan pelbagai aksi bahaya
tengah jalan raya.Bagaimanapun, aksi ‘Minah Rempit
Kedah’ itu hanya boleh disaksikan menerusi e-mel yang dihantar beberapa
individu kepada orang ramai untuk menyaksikan keberanian remaja wanita
dengan pelbagai aksi berani mati.Emel yang dikirim kepada
Harian Metro itu hanya menayangkan rakaman aksi terbabit selama hampir
20 minit menunjukkan aksi berani mati beberapa wanita dipercayai anak
jati Kedah pada waktu siang.Difahamkan, Mat Rempit kini hanya
mampu menyebarkan rakaman berkenaan melalui emel kerana bimbang jika
menghasilkan VCD, mereka akan diburu pihak berkuasa dan barangan mereka
dirampas.Tindakan golongan itu mempamerkan pelbagai aksi berani
mati membuktikan kesanggupan mereka menggadai nyawa semata-mata untuk
keseronokan selain bersaing membuktikan kehebatan masing-masing.Dengan
berlatar belakangkan lagu rasmi Kedah, seorang `Minah Rempit’
dianggarkan berusia 15 hingga 17 tahun sanggup berdiri di atas bahu
teman lelakinya yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.Menurut
pengirim emel berkenaan, rakaman itu tidak pasti dilakukan di daerah
mana dan kemungkinan besar dilakukan di sekitar Yan berikutan latar
belakang Gunung Jerai yang kelihatan dalam rakaman berkenaan selain
motosikal berkenaan mempunyai plat pendaftaran Kedah.Seorang
remaja wanita di dalam rakaman emel berkenaan sanggup mempertaruhkan
nyawa demi kekasihnya yang ketika itu sedang melakukan aksi `wheely’
sambil ditontoni sebahagian Mat Rempit yang bersorak gembira.Wanita
itu yang memakai kemeja T sendat pula sanggup menayangkan tubuh
badannya ketika melakukan aksi akrobatik itu tanpa rasa malu.Rakaman
itu dipercayai dirakamkan rakan mereka yang dipercayai Mat Rempit
melalui telefon bimbit atau perakam video sebelum menyebarkan melalui
emel. Dalam rakaman lain, kegagalan dua Mat Rempit yang cuba
melakukan aksi `wheely’ mengundang padah apabila motosikal yang
ditunggangi mereka gagal menyebabkan seorang daripada mereka terbunuh
dan seorang lagi cedera parah.Babak ngeri itu hanya boleh
ditonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bergambar di telefon
bimbit dan disebarkan kepada orang ramai dan dipercayai berlaku di
Perak.Harian Metro pada 20 Januari lalu melaporkan kegiatan Mat
Rempit yang merakamkan aksi berbahaya mereka di dalam VCD untuk dijual
kepada individu tertentu.VCD keluaran pertama berjudul `Alor
Star Panchung’ itu hanya dijual kepada kalangan Mat Rempit sekitar
bandar raya ini dengan harga RM5 sekeping dan mendapat sambutan hangat.
Diterbitkan di: September 16, 2007
Mohon ringkasan ini dinilai : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.